fbpx

Kenderaan rentas negeri masuk Kuala Muda menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah kenderaan yang masuk ke daerah Kuala Muda didapati menurun sejak beberapa hari lalu.

SUNGAI PETANI – Jumlah kenderaan yang merentas negeri dan masuk ke daerah Kuala Muda didapati menurun dengan ketara menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, jumlah kenderaan yang masuk ke daerah ini menurun kepada antara 15,000 ke 20,000 buah sahaja sejak beberapa hari lalu.

“Pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 1 Mei lalu, didapati sebanyak 20,000 hingga 25,000 kenderaan diperiksa di enam sekatan jalan raya (SJR) setiap hari.

“Bagaimanapun jumlah itu menurun kepada 15,000 hingga 20,000 sahaja kenderaan diperiksa sejak beberapa hari lalu,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pada kelmarin, sebanyak 17,559 kenderaan sahaja diperiksa.

“Kebanyakkan kenderaan yang diperiksa melibatkan proses membawa balik pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sahaja, bukan cubaan merentas negeri atau daerah dengan pelbagai alasan.

“Ini menunjukkan orang ramai mematuhi arahan pihak kerajaan tidak membenarkan rentas negeri dan daerah pada sambutan Aidilfitri bagi mengekang penularan Covid-19,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI