fbpx

Kekejaman Israel dikutuk dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan Palestin melarikan diri dari pasukan keselamatan Israel di luar Pintu Damsyik, Kota Lama Baitulmaqdis, kelmarin. - AFP

BAITULMAQDIS, Palestin – Para pemimpin dunia mula mengeluarkan kenyataan menyeru agar serangan tersebut dihentikan dengan segera susulan tindakan keganasan terbaharu Israel ke atas penduduk Palestin baru-baru ini.

Kuartet utusan dari Kesatuan Eropah (EU), Rusia, Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan keprihatinan mendalam terhadap keganasan tersebut.

“Kami meminta pihak berkuasa Israel mengawal diri dalam serangan keganasan ini,” tulis mereka dalam satu kenyataan yang dikeluarkan negara masing-masing.

AS yang merupakan sekutu kuat Israel dilihat semakin berkeras sejak pentadbiran diambil oleh Presiden Joe Biden apabila meluahkan kebimbangan berkenaan isu ini dan dan mendesak kedua-dua pihak mengelak mengambil langkah yang bakal meningkatkan ketegangan atau menjauhkan kemungkinan perdamaian antara kedua negara.

“Desakan ini termasuk isu pengusiran di kejiranan Sheikh Jarrah, kegiatan penempatan haram, pembongkaran rumah dan tindakan keganasan,” kata kenyataan Jabatan Negara AS.

EU pula meminta pihak berwajib bertindak segera untuk menghentikan ketegangan di Baitulmaqdis sambil mengatakan sebarang tindakan keganasan beserta hasutan tidak dapat diterima dan semua pelaku di semua pihak perlu bertanggung jawab.

Sementara itu, Rusia menyentuh isu rampasan tanah dan harta benda di wilayah Palestin yang dijajah termasuk timur Baitulmaqdis adalah satu perbuatan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas memberitahu beliau meletakkan tanggungjawab rusuhan yang berlaku ke atas pemerintah Israel dan menyuarakan sokongan penuh buat pahlawan negara di Masjid Al-Aqsa.

Dalam pada itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam Israel sebagai negara pengganas kejam dalam ucapannya di Ankara sambil meminta PBB untuk campur tangan bagi menghentikan penganiayaan ke atas rakyat Palestin.

Israel juga mendapat kritikan dari Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dua negara yang menandatangani perjanjian normalisasi dengan negara Yahudi itu, tahun lalu.
Pertempuran antara penduduk Palestin dan polis rejim Israel yang masuk hari ketiga semalam menyaksikan peningkatan jumlah kematian sebanyak 80 orang dengan lebih 200 lebih cedera.

Terdahulu pada malam Jumaat lepas, polis anti rusuhan menyerbu perkarangan masjid Al-Aqsa dengan alasan penduduk Palestin yang berkumpul di situ untuk membuat bantahan kemungkinan pengusiran penduduk Palestin dari kejiranan Sheikh Jarrah yang dituntut oleh peneroka Yahudi melemparkan batu dan bunga api ke arah petugas Israel.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mempertahankan tindakan polis berkenaan.

“Israel bertindak secara bertanggungjawab untuk menghormati undang-undang dan ketertiban di Baitulmaqdis sambil membenarkan kebebasan beribadah,” katanya dalam mesyuarat pihak berkuasa keselamatan.

Keganasan terbaharu ini adalah yang terburuk sejak bertahun-tahun di Masjid Al-Aqsa, tempat ketiga suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah, yang terletak di kawasan ibadat orang Yahudi yang dikenali sebagai Temple Mount.

Mahkamah tinggi Israel telah memulakan perbicaraan baharu dalam kes kejiranan Sheikh Jarrah hari ini (Isnin) ketika orang Israel memperingati Hari Baitulmaqdis untuk merayakan “pembebasan” kota itu dari Palestin. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI