fbpx

Kadar vaksinasi negara rendah tidak benar – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin bercakap dalam sidang akhbar perkembangan PICK di sini hari ini. -Foto Ihsan MOSTI.

PUTRAJAYA – Kadar vaksinasi bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan Malaysia ketika ini berada pada tahap 75 peratus.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, dakwaan mengaitkan kadar vaksinasi negara rendah adalah tidak benar.

“Bagi setiap empat vaksin yang kami ada, tiga telah digunakan. Sememangnya, kami ingin meningkatkan lagi kadar ini kepada 80 peratus, tetapi sudah pastinya kami tidak boleh pergi lebih tinggi daripada peratusan ini.

“Ini kerana perlunya simpanan untuk dos kedua sebelum tibanya bekalan vaksin seperti yang dijadualkan,” katanya pada sidang akhbar perkembangan PICK, di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, negara dijangka menerima penghantaran bekalan vaksin seterusnya pada minggu ini membabitkan 259,740 dos bekalan daripada Pfizer.

Katanya, bekalan Pfizer seterusnya akan diterima antara 19 hingga 21 Mei ini iaitu 197,730 dos (19 Mei); 44,460 dos (20 Mei) dan 17,550 dos (21 Mei).

“Jumlah dos vaksin Pfizer yang telah dan akan kita terima sehingga 21 Mei adalah 2,490,930 dos, bagi vaksin AstraZeneca pula, ketibaan
bekalan kedua adalah dijadualkan pada 20 Mei dan ketiga pada 1 Jun depan dengan jumlah sebanyak 615,120 dos sekali penghantaran,” katanya.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, operasi agihan di PPV di seluruh negara akan dilanjutkan ke hujung minggu bermula Jun depan berbanding operasi pada hari bekerja ketika ini.

Menurutnya, pihaknya akan menambah jumlah hari bagi agihan itu berdasarkan bekalan dan ketibaan vaksin ke negara ini.

“Tiada isu kekurangan kakitangan pada hujung minggu seperti didakwa sebaliknya ia bergantung kepada bekalan vaksin yang diterima,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI