fbpx

Jururawat tidak tahan suami menyusahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan bersama sebuah telefon pintar di Jalan Kobah, Pendang pada Jumaat lalu.

GEORGE TOWN – Seorang tukang kayu dicekup polis di Jalan Kobah di Pendang, Kedah Jumaat lalu selepas isterinya membuat laporan polis mendakwa diugut suspek berikutan keretakan rumah tangga mereka baru-baru ini.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam oleh pasukan polis dari daerah Timur Laut yang membuat serbuan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihaknya bertindak selepas menerima laporan daripada jururawat berusia 26 tahun itu yang bertugas di sebuah hospital di sini.

“Mangsa mendakwa menerima mesej daripada suspek pada 24 April lalu semasa sedang bekerja di hospital itu.

“Melalui mesej di telefon bimbit itu, suspek mengugut mahu menampal gambar pasport isterinya di tempat kerja dan mahu menyebarkan fitnah mengatakannya dia isteri derhaka.

“Ia berpunca apabila suspek tidak berpuas hati kerana kedua-dua pihak masih dalam proses penceraian dan suspek tidak mahu menceraikan isterinya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Soffian berkata, wanita itu juga bimbang apabila menerima panggilan daripada syarikat pinjaman wang berlesen pada Mac lalu memaklumkan suaminya itu meminjam wang sebanyak RM7,000.

“Wakil syarikat memberitahu bahawa suspek tidak membayar hutang tersebut.

“Suspek juga telah menukar nombor telefonnya dan memberikan nombor telefon mangsa kepada syarikat pinjaman wang berlesen terbabit,” katanya.

Tindakan lelaki itu yang menyusahkan isterinya memaksa jururawat tersebut membuat laporan polis pada 29 April lalu sebelum suspek ditahan polis.

Sementara itu, Soffian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI