fbpx

Guna dialek Kelantan, Misha ‘sembur’ individu cuba rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misha menegur segelintir rakyat Malaysia khususnya anak kelahiran Pantai Timur yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri.

PETALING JAYA – Penyanyi Misha Omar menegur sikap segelintir rakyat Malaysia yang cuba merentas negeri dengan tujuan pulang ke kampung menyambut hari raya Aidilfitri.

Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar membuat teguran tersebut menerusi hantaran dalam Instagram miliknya dan ditujukan secara khusus buat rakyat Pantai Timur yang membuat percubaan untuk merentas negeri sejak akhir-akhir ini.

Misha yang popular menerusi lagu Sampai Bila itu memilih untuk menegur menggunakan dialek Kelantan agar lebih sampai dan dekat dengan hati penduduk Pantai Timur.

“Wehh demo ni bakpo gak degil benar? Nyo wak keghah pedal dio dihh wak wak tok tahu pulok nyo tok leh rentah negeri dan daerah.

“Eh kamu semua ni kenapa degil sangat? Macam buat-buat tak tahu je tak boleh rentas negeri dan daerah,” tulisnya sambil menterjemahkan menggunakan bahasa yang mudah difahami semua.

Dalam hantaran sama, Misha, 39, turut memberitahu dia juga rindu akan kampung halaman di Machang, Kelantan namun terpaksa akur dengan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas negeri mahupun daerah.

Kosmo! semalam melaporkan aliran trafik masuk ke Kelantan semakin bertambah dan lebih 1,000 kenderaan ditahan atas cubaan merentas negeri sebelum diarah berpatah balik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI