fbpx

Fiza Halim sahkan sudah bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIZA mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suaminya pada tahun lalu.

PETALING JAYA – Selepas keretakan rumah tangganya menjadi teka-teki ramai, akhirnya penyanyi dan pelakon Fiza Halim membuka mulut mengesahkan dia kini kembali memegang status solo sejak 22 Julai tahun lalu.

Rumah tangga Fiza bersama suaminya iaitu seorang juruterbang, Aizat Al Jefri yang dibina pada Disember 2016 kecundang di tengah jalan dengan perceraian talak satu.

Menerusi perkahwinan ketiganya, bekas penyanyi kumpulan Elite itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Baby Aleena yang kini berusia hampir tiga tahun.

“Saya ambil sedikit masa untuk bercerita perkara sebenar. Semua ini bukan mudah tetapi baru sekarang saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri.

“Saya diceraikan bekas suami menerusi aplikasi WhatsApp. Punca atau sebab perpisahan, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya enggan buka aib sesiapa,” katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim itu lagi, sejarah perkahwinannya yang pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali membuatkan dia sedar ramai yang akan memandang serong terhadapnya.

Malah Fiza juga turut menjawab gosip yang kononnya dia sudah berkahwin dan bergelar isteri kedua kepada pelawak Saiful Apek.

“Tiada istilah saya sudah jadi isteri kedua dia. Kami hanya bertemu pada sebuah program televisyen. Gambar berdua kami yang tular tempoh hari itu pun dirakamkan sendiri oleh isterinya,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN