fbpx

48 ekor lembu naik sampan seberang Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lembu seludup yang berjaya dirampas oleh PGA di Rantau Panjang baru-baru ini. - Foto IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 telah merampas 48 ekor lembu seludup yang dipercayai akan dijual ketika sambutan Hari Raya Aidfitri tahun ini dalam tempoh tiga minggu.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, keseluruhan rampasan bernilai RM349,860 itu dijalankan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula 17 April hingga hari ini.

Katanya, kesemua lembu-lembu dibawa masuk secara haram menggunakan pangkalan-pangkalan haram yang terdapat di sepanjang kawasan Sungai Golok.

“Rampasan lembu-lembu itu melibatkan kes dibawah kendalian Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) dan Jabatan Perkhidmatan Vaterina (JPV).

“Bagi kes dibawah Maqis, PGA telah berjaya menangkap 17 ekor lembu seludup di pangkalan haram Mek Gombak dan Jeram Perdah II baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Azhari, bagi kes JPV, sebanyak 31 ekor lembu telah berjaya dirampas di tiga buah lokasi berasingan iaitu Kampung Tok Rusa, Repek dan Kubang Kual di sini.

Azhari memberitahu, siasatan awal mendapati kesemua lembu-lembu itu ditarik menggunakan sampan dari negara jiran ke kawasan tebing Sungai Golok di sebelah negara ini.

Katanya, lembu-lembu itu kemudian akan dibawa ke satu lokasi sebelum diangkut menggunakan lori. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI