fbpx

3,807 kes, semua negeri rekod kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,807 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 mencecah 444,484 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan kes tertinggi sebanyak 1,149 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 649 kes dan Kelantan sebanyak 329 kes.

“Seterusnya Kuala Lumpur (320 kes), Johor (257 kes), Pulau Pinang (245 kes), Kedah (224 kes), Negeri Sembilan (144 kes), Perak (119 kes), Sabah (96 kes), Terengganu (93 kes),  Melaka (88 kes) dan Pahang (77 kes).

“Putrajaya pula merekodkan 11 kes manakala Labuan dan Perlis masing-masing tiga kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI