fbpx

Wany Hasrita tutup ruang jadi mangsa cacian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANY mengakui pernah tertekan selepas menjadi mangsa buli siber.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Wany Hasrita mengambil langkah berhati-hati dalam memuat naik hantaran atau gambar di laman sosial bagi mengelak menjadi mangsa buli siber.

Bagi pelantun lagu Belenggu Rindu itu, seseorang individu perlu menjaga diri sendiri dahulu supaya tidak membuka ruang kepada pihak lain dengan mudah melemparkan fitnah.

“Tidak perlu baca komen-komen negatif yang dilayangkan semata-mata mahu mencaci kita.

“Sekarang saya lebih selesa mengabaikan komen sebegitu (negatif), kecuali kritikan yang membawa kita ke arah kebaikan. Jadi fikiran pun lebih tenang tanpa terpalit dengan aura negatif.

“Pada masa sama, saya lebih selektif muat naik hantaran di media sosial sekali gus menutup ruang untuk orang mengata,” ­katanya.

Wany berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian kempen Anti Buli Siber anjuran Himaya Premium Hijab Mask di sini kelmarin.

Sementara itu, Wany, 29, mendedahkan, dia pernah menjadi mangsa buli siber hingga membuatkan dirinya tertanya-tanya mengenai kekurangan diri.

Jelas penyanyi lagu Menahan Rindu itu, dia tidak menyangka ada individu yang membencinya sedangkan tidak pernah me­nyakiti sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang tidak dikenali.

“Saya sedar apabila terjun dalam dunia hiburan dan bergelar anak seni, memang ba­nyak dugaannya. Lagipun kita tidak boleh memuaskan hati semua orang,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, gambar Wany pernah digunakan oleh seorang lelaki bagi tujuan tidak senonoh.

Berkongsi perkembangan lain, Wany bakal tampil dengan single terbaharu sentuhan Altimet dan Shazzy berjudul Pedas kolaborasi bersama Sophia Liana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI