fbpx

United pasrah, enggan merungut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED perlu berdepan tiga perlawanan dalam tempoh lima hari menyebabkan mereka perlu membuat persediaan terbaik. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer enggan membuang masa merungut mengenai jadual perlawanan yang padat apabila skuad kendaliannya perlu beraksi tiga perlawanan dalam tempoh lima hari.

Menurutnya, beliau terpaksa menurunkan kesebelasan berbeza untuk aksi menentang Leicester City awal pagi Rabu sebelum berdepan Liverpool kira-kira 48 jam kemudiannya.

Dua perlawanan itu dilihat sangat penting sebagai penentuan kepada kelompok empat pa­sukan teratas melibatkan beberapa pasukan seperti West Ham, Chelsea, Liverpool, Tottenham Hotspur dan Leicester dalam merebut tempat ke saingan Liga Juara-Juara.

“Saya perlu menilai keseluruhan pemain dalam pasukan ini. Mungkin ada yang tidak gembira dengan pemilihan pemain yang saya akan lakukan dalam satu dua perlawanan.

“Ia mungkin memberi kesan kepada kedudukan kelompok empat pasukan teratas tetapi ia bukan masalah saya.

“Saya perlu memikirkan me­ngenai pemain tetapi saya tahu bahawa mereka sedang berjuang untuk mendapat tempat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan,” katanya.

United perlu berdepan lima perlawanan sebelum mereka turun menentang Villareal pada aksi final Liga Europa pada 27 Mei nanti.

Dalam pada itu, Solskjaer memberi bayangan bahawa penyerangnya, Edinson Cavani mungkin akan terus kekal bersama pasukan itu biarpun dikaitkan dengan perpindahan ke Boca Juniors.

“Kami tidak mempunyai had masa untuk mengadakan perbincangan dan membuat keputusan. Lebih banyak gol dijaringkannya, pasukan kami menjadi semakin baik.

“Kita akan tengok beberapa perlawanan lagi, mungkin ia akan berubah, dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI