BEIJING – Sebahagian besar roket China yang dijangka memasuki atmosfera Bumi hari ini dilaporkan ditemui hancur di Lautan Hindi, demikian menurut stesen televisyen tempatan hari ini.
Laporan tersebut memetik Pejabat Kejuruteraan Angkasa China susulan spekulasi meluas berkenaan di mana objek 18 tan itu akan jatuh.
“Setelah pemantauan dan analisis, pada pukul 10:24 pagi (waktu tempatan) hari ini, bangkai roket terakhir yang dilancarkan Yao-2 Long March 5B telah memasuki atmosfera dan kawasan pendaratan berada pada 72.47 ° garis bujur timur dan 2.65 ° garis lintang utara, “kata Televisyen Pusat China (CCTV), memberikan koordinat untuk satu titik di Lautan Hindi. – AFP