fbpx

‘Sekurang-kurangnya, terpisah jarak bukan macam ibu..’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fauziah

PETALING JAYA – “Jangan sedih. Berdoalah agar kita semua berjumpa lagi.”

Demikian antara kata-kata penuh bermakna dramatis berpengalaman, Fauziah Nawi kepada Kosmo! Online ketika diminta sedikit komen tentang video TikTok dimuat naiknya yang membuatkan ramai netizen sayu hati ekoran tidak dapat pulang beraya dek wabak Covid-19.

Fauziah, 68, menitipkan pesanan buat anak-anak di kota yang terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar jangan mensia-siakan peluang yang ada untuk mengambil berat tentang keberadaan orang tua walaupun dengan hanya panggilan telefon.

“Apa yang berlaku sekarang (Covid-19) adalah ketentuan Ilahi. Ia mengingatkan kita supaya sentiasa menghargai kasih sayang antara satu sama lain terutama kasih orang tua.

Fauziah kehilangan anak kesayangannya, Allahyarham Pitt Haniff dua tahun lalu disebabkan satu kejadian lemas tragis di Pahang.

“Manusia kalau ada depan mata, dia tak nampak dan mudah mensia-siakan peluang untuk bersama dengan yang tersayang. Itu memang sifat kita. Apabila sudah tiada di depan mata, baru tercari-cari kasih yang dipisahkan oleh jarak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Fauziah berpesan lagi supaya anak-anak yang terpaksa beraya di perantauan sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka.

“Sekurang-kurangnya, kerinduan hanya dipisahkan dengan jarak bukan orang yang kita sayang tiada lagi di dunia ini macam ibu.

“Kalau sayang orang tua, pinta ibu, jangan pernah lupa doakan kesejahteraan orang tua kita sama ada mereka hidup ataupun sudah meninggal dunia. Yang bertuah masih punya orang tua, doakan agar mereka dikurniakan kesihatan yang baik.

“Insya-Allah semuanya akan okey. Nanti kita jumpa lagi,” ujarnya.

Fauziah kehilangan anak kesayangannya yang juga merupakan seorang penulis skrip dan pengarah, Pitt Hanif dua tahun lalu selepas mayat anaknya itu ditemui terapung di Sungai Jelai, Kampung Mela, Lipis, Pahang.

Allahyarham Pitt dan Pengarah Fotografi filem Coast Guard, Sham Mokhtar, 38 menaiki bot fiber untuk memancing di sungai itu sebaik menamatkan penggambaran filem sebelum bot dinaiki merempuh tiang sebuah jambatan menyebabkannya terbalik dan terbelah dua. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI