fbpx

PPMM rayu benar pelanggan ‘dine in’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PPMM merayu restoran dibenarkan beroperasi dengan had dua orang pelanggan semeja.

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) merayu kepada kerajaan agar memberikan kebenaran kepada restoran untuk beroperasi dengan mengehadkan dua orang pelanggan di setiap meja.

Presidennya, Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, terdapat banyak restoran yang terkesan apabila tidak dibenarkan beroperasi sehingga menjejaskan pendapatan peniaga sebanyak kira-kira 80 peratus.

“Sebaik dibenarkan untuk beroperasi semula dengan jumlah dihadkan barulah pengusaha- pengusaha ini dapat menarik nafas lega kerana dapat menjalankan perniagaan seperti biasa biarpun pendapatan merosot dengan teruk.

“Sehubungan itu, PPMM ingin merayu kepada pihak kerajaan agar memberi kebenaran kepada pengusaha restoran untuk beroperasi dengan dihadkan dua pelanggan pada setiap meja dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Che Hassan berkata, sehubungan itu juga, pemeriksaan pematuhan SOP di setiap restoran akan ditingkatkan dalam usaha membendung jangkitan Covid-19 di negara ini seperti yang sedang diamalkan di bazar-bazar Ramadan dan pasar malam.

“Kerajaan juga diseru agar turut menjadikan pekerja restoran sebagai keutamaan dalam mendapatkan
vaksin Covid-19 selain menjadikannya sebagai syarat utama untuk setiap restoran sebelum dibenarkan beroperasi seperti biasa,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tentang pengumuman pelaksanaan PKP di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan peningkatan kes positif Covid-19.

Menurut beliau, premis makanan seperti restoran, ‘food truck’, penjaja dan kios dibenarkan untuk beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 malam, namun pelanggan tidak dibenarkan untuk makan di restoran.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI