fbpx

Polis adakan 42 SJR di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Polis negeri ini akan melaksanakan sebanyk 42 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negeri berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah dan mukim bermula tengah malam ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abd. Manan berkata, perancangan SJR itu membabitkan sembilan lokasi di daerah Timur Laut dan tiga di daerah Barat Daya di bahagian pulau.

“Manakala 15 SJR akan diadakan di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah (lapan) dan Seberang Perai Selatan (tujuh) di tanah besar.

“Aktiviti rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan dalam tempoh PKP bermula esok hingga 23 Mei depan,” katanya kepada pemberita hari ini.

PKP di negeri ini membabitkan daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan serta Mukim 12 di daerah Barat Daya; bandar Butterworth dan Mukim 14 di Seberang Perai Utara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI