fbpx

Patuhi prosedur penggunaan senjata api – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani bertemu dengan keluarga Allahyarham Nurhalim Tumiran,24, di Felda Bukit Damar di Temerloh hari ini.

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH – Bermain dengan senjata api seperti mengacu-acukannya kepada sasaran adalah larangan utama dalam prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan sehubungan itu semua anggota dan pegawai polis perlu mematuhi SOP penggunaan senjata api yang ditetapkan dalam Akta Polis itu.

“Segala peraturan penggunaan senjata api seperti pistol sudah sedia ada dan lengkap untuk melindungi dan menyelamatkan diri.

“Jadi penggunaan dan garis panduan adalah teliti dan cermat yang seharusnya tidak berlaku kecuaian melibatkan mana-mana anggota,”katanya selepas menziarahi keluarga Allahyarham Nurhalim Tumiran,24, di Felda Bukit Damar Lanchang di sini hari ini.

Menurut Acryl Sani, kes ini sedang disiasat dari pelbagai sudut termasuklah melihat sama ada terdapat unsur kecuaian atau pun kemalangan.

Beliau berkata, pihak polis bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap Allahyarham Nurhalim yang menyebabkan ahli keluarganya kehilangan orang tersayang.

Katanya, keluarga allahyarham akan menerima bantuan insurans kelompok koperasi polis dan juga ganjaran lain sebagaimana kemudahan penjawat awam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI