fbpx

Pasangan kekasih rugi RM10,000 disamun empat lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang berjaya dirampas daripada suspek melalui dua serbuan, semalam.

PETALING JAYA – Pasangan kekasih warga tempatan berdepan detik mencemaskan apabila disamun empat lelaki ketika mereka berada di sebuah bilik hotel di Taman Seputeh, Kuala Lumpur di sini semalam.

Kedua-dua mangsa yang berusia 65 dan 54 tahun itu didatangi suspek sekitar pukul 3 petang sebelum melarikan beberapa barangan berharga milik mereka.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, antara barangan yang dilarikan adalah telefon pintar, cincin emas, kad ATM dan kad pengenalan termasuk wang tunai yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM10,000.

“Bagaimanapun kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Susulan kejadian itu, mangsa bertindak membuat laporan polis,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah telah melakukan dua serbuan berasingan di sekitar ibu kota pada hari yang sama antara pukul 11.30 hingga 12.15 tengah malam.

“Menerusi serbuan itu, polis berjaya memberkas tiga suspek yang berusia 29 hingga 35 tahun dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada suspek itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah,” ujarnya.

Tambahnya, polis masih mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas.

Katanya, kesemua suspek kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 377C Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI