fbpx

Padah jual nasi bungkus kepada kaki ponteng puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki (tengah) ditahan kerana disyaki menjual makanan kepada kaki ponteng puasa di Mergong hari ini.

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki menjual nasi bungkus kepada kaki ponteng puasa secara bergerak menggunakan keretanya akhirnya dikesan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) di Mergong di sini hari ini.

Lelaki berusia lingkungan 30-an dari Alor Setar itu ditahan kira-kira pukul 10.30 pagi dalam operasi bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) yang dilakukan hasil aduan orang awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, hasil pemeriksaan menemui sejumlah bungkusan makanan di dalam plastik hitam di but kereta jenis Proton Saga berkenaan.

“Lelaki terbabit dipercayai telah menjual nasi bungkus itu sejak awal Ramadan dengan bergerak dari satu tempat ke tempat lain,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, nasi bungkus lauk ayam goreng dan telur rebus itu dijual pada harga RM6 sebungkus.

“Taktik yang digunakan lelaki ini ialah dengan berniaga menerusi but kereta sambil menunggu pelanggan tetap untuk datang membeli,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI