fbpx

Mayat nelayan jatuh sungai ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Mohd. Nasir yang terjatuh ke dalam sungai akibat disambar petir ditemui tengah malam tadi.

SUNGAI PETANI – Mayat seorang nelayan yang terjatuh ke dalam Sungai Kota Kuala Muda di sini akibat disambar petir pada semalam ditemui tengah malam tadi.

Mayat mangsa, Mohd. Nasir Rodzuki, 33, ditemui oleh nelayan setempat semasa melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira sembilan meter dari lokasi lelaki itu terjatuh kira-kira pukul 4 pagi semalam.

“Mayat mangsa telah disahkan oleh ahli keluarga dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim Shah (HSAH) di sini untuk bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI