fbpx

JDT benam Penang FC 3-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Casagrande (dua dari kiri) dilayang kad merah pada separuh masa kedua di Stadium Bandaraya Pulau Pinang malam ini.

GEORGE TOWN – Johor Darul Ta’ zim (JDT) terus mengekalkan momentum kemenangan apabila membenam Penang FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini malam ini.

Jaringan sulung pasukan kendalian Benjamin Mora Mendivil itu hadir seawal minit ke-15 menerusi sepakan kencang Muhammad Safawi Rasid dengan gol kedua diledakkan penyerangnya, Bergson Gustova pada minit ke-43.

Tidak cukup itu, JDT sekali lagi bangkit dengan jaringan ketiga mereka menerusi tendangan kencang pemain tengah, Mohamadou Sumaresh pada minit ke-51, separuh masa kedua.

Layangan kad merah yang diterima penyerang Penang FC, Casagrande pada saat akhir perlawanan ternyata membangkitkan kekecewaan barisan pasukannya termasuk kira-kira 2,000 penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut.

Pada aksi tersebut, pasukan bimbingan Tomas Trucas dilihat beberapa kali melakukan cubaan memburu jaringan sulung seawal minit kelapan namun berjaya dihalang kemas penjaga gawang JDT, Mohd. Farizal Marlias.

Sepakan penalti menerusi sepakan Endrick Dos Santos Parafita bagi membantu pasukannya meraih gol pertama ternyata tidak menjadi apabila ditampan kemas penjaga gol kubu lawan.

JDT dilihat lebih rancak melakukan serangan menerusi beberapa percubaan yang dilancarkan barisan hadapannya namun asakan balas Penang FC ternyata belum cukup kemas untuk menggugat benteng pertahanan kubu lawan sehingga tamat separuh masa pertama.

Kemasukan pemain tengah Penang FC, Muhammad Fadhil Idris yang dilihat sedaya upaya membantu mencipta gol pertama buat pasukannya juga tidak berhasil apabila sepakannya hanya mampu menjengah sisi atas gawang lawan.

Keputusan 3-0 kekal sehingga wisel penamat separuh masa kedua dibunyikan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI