fbpx

Dua anggota polis cedera dilanggar ketika bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan membabitkan dua anggota URB IPD Kuala Pilah cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika bertugas di kilometer satu, Jalan Kuala Pilah-Tampin, di sini, awal pagi tadi. -IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kuala Pilah cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika bertugas di kilometer satu, Jalan Kuala Pilah-Tampin, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, kedua-dua anggota berkenaan iaitu Lans Koperal Azrul Hafifi Abd Halim, 26, dan Lans Koperal Muhamad Nur Firdaus Marsah, 29, berhenti di bahu jalan sebelah kiri arah Tampin untuk membuat pemeriksaan terhadap sebuah motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, secara tiba-tiba datang sebuah kenderaan jenis Produa Myvi dari arah Kuala Pilah dipandu oleh seorang lelaki berusia 33 tahun telah melanggar penunggang dan motosikal  URB yang berada di bahu jalan tersebut.

“Akibat kemalangan, Muhamad mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Zon Kuning, Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan. Anggota URB berkenaan mengalami patah tangan dan patah kaki.

“Manakala, seorang anggota URB telah keluar setelah menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital yang sama,” katanya ketika dihubungi, di sini, tadi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI