fbpx

Datin dalang edar pil kuda, syabu bernilai RM2.34 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kiri) menunjukkan rampasan dadah dianggarkan benilai RM2.34 juta pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini. Foto - ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Polis menahan seorang wanita warga Thailand bergelar Datin yang dipercayai menjadi dalang dalam kegiatan sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda dan syabu bernilai RM2.34 juta di sebalik peniagaan kosmetik miliknya sejak kelmarin.

Rampasan 180,000 biji pil kuda dan 14.9 kilogram (kg) syabu itu dilakukan di lima lokasi dalam tiga daerah iaitu Kota Bharu, Tanah Merah dan Pasir Mas bermula kelmarin hingga semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya melakukan risikan selama beberapa minggu lalu sebelum menjalankan serbuan di lima lokasi sindiket dadah yang dikenali sebagai Sindiket Datin itu.

Katanya, serbuan awal dilakukan di sebuah rumah di sini pada pukul 4.30 petang kelmarin sebelum menahan seorang lelaki bersama dua botol plastik mengandungi disyaki kodein dan 180,000 biji pil kuda.

“Berdasarkan maklumat daripada suspek, kita dapat mengesan dan menahan dua lagi lelaki pada pukul 4 petang semalam dalam serbuan terhadap kereta di Kampung Kedai Mulong di sini.

“Dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 17 bungkusan mengandungi syabu seberat 14.9 kg bernilai RM540,000,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Menurut Shafien, pada hari yang sama, polis menahan lapan suspek iaitu empat lelaki dan empat wanita warga Thailand termasuk Datin yang berusia 48 tahun itu.

Katanya, siasatan lanjut mendapati, Datin itu menggunakan perniagaan kosmetiknya untuk mengaburi kegiatan pengedaran dadah.

“Kejayaan itu adalah susulan tangkapan kes rampasan dadah yang didalangi oleh seorang Datuk Seri yang dipercayai suaminya tahun lalu. Siasatan mendapati, sindiket itu mula bergerak aktif dalam kegiatan pengedaran dadah di negeri-negeri Pantai Timur sejak tiga bulan lalu.

“Selain rampasan dadah, polis turut menyita enam kereta, dua motosikal, barang kemas serta wang tunai bernilai lebih RM300,000,” katanya.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang disyaki menjadi dalang sindiket pengedaran dadah ditahan di tempat letak kenderaan di belakang pusat beli-belah South City Plaza, Serdang, Selangor pada November lalu.

Dalam serbuan pukul 5.30 petang itu, syabu seberat kira-kira 120 kilogram bernilai RM5 juta serta tiga kenderaan termasuk kereta mewah jenis Ford Mustang turut dirampas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI