fbpx

5,000 warga Indonesia pulang sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hermono (dua kanan) menyantuni rakyat Indonesia yang bakal pulang sempena Aidilfitri tahun ini.

PASIR GUDANG – Seramai 5,000 rakyat Indonesia yang berada di negara ini dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan perayaan Aidilfitri, tahun ini.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono memaklumkan, mereka merupakan sebahagian daripada lebih 50,000 rakyat Indonesia yang telah pulang sejak Januari tahun ini.

Katanya, jumlah itu termasuklah mereka yang memohon untuk mengikuti program pemutihan dibuat kerajaan Malaysia iaitu Rekalibrasi dan mereka yang telah tamat permit kerja.

“Jika untuk Aidilfitri sahaja, menurut data yang masuk adalah sekitar 5,000 sahaja. Namun jika dilihat keseluruhan termasuk program rekalibrasi daripada Januari hingga Jun tahun ini dianggar seramai 50,000 akan dibenarkan pulang.

“Ini menunjukkan program rekalibrasi dibuat kerajaan Malaysia mendapat sambutan memberangsangkan daripada warganegara Indonesia yang telah melebihi masa untuk berada di sini,” katanya selepas meninjau pergerakan pulang warga Indonesia menggunakan laluan laut di Terminal Feri Pasir Gudang, di sini hari ini.

Kerajaan Indonesia sebelum ini menguatkuasakan Larangan Mudik Lebaran bermula 6 hingga 17 Mei ini bagi menghalang penularan wabak Covid-19 di republik berkenaan.

Hanya mereka yang mempunyai dokumen seperti surat memo periksa keluar oleh Jabatan Imigresen Malaysia, keputusan ujian Covid-19 dan surat izin keluar masuk dari Kedutaan Indonesia dibenarkan menggunakan perkhidmatan feri sepanjang tempoh larangan itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI