fbpx

254.02 tan kayu pine disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Johor merampas 255.02 tan kayu pine dalam pemeriksaan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah, Johor Bahru, Johor kelmarin.

JOHOR BAHRU – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan dua buah kontena yang membawa kayu pine bernilai RM297,187.09 tanpa permit di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Gelang Patah dekat sini kelmarin.

Menurut Pengarah Maqis negeri, Hizzuan Hasim, hasil pemeriksaan rutin yang dijalankan oleh pegawai penguasa di PTP pada pukul 11 pagi mendapati kontena tersebut membawa kayu seberat 255.02 tan.

Katanya, kayu pine jenis pinus radiata sawn timber itu dipercayai dibawa masuk dari negara Australia.

“Hasil pemeriksan lanjut dijalankan mendapati pinus radiata sawn timber yang dianggarkan bernilai RM 297,187.09 berkenaan dibawa masuk dengan tidak menggunakan permit import yang telah digunakan.

“Kesemua pinus radiata sawn timber tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] kerana mengimport tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

Hizzuan berkata, jika sabit kesalahan tersebut boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Jelasnya, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“Pihak Maqis menasihati agar semua pengimport dan pengeksport sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan serta jaminan keselamatan makanan terpelihara di negara ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI