SEPANG – Sejumlah 12 bazar Ramadan membabitkan seramai 539 peniaga di bawah Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) diarahkan tutup, semalam.
Yang Dipertuanya, Datuk Abd. Hamid Hussain berkata, ini selaras dengan arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan negeri berhubung penutupan operasi bazar di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“MPSepang konsisten dalam menjalankan pemantauan dan pemeriksaan supaya semua pihak mematuhi arahan yang dikeluarkan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan makanan dan duit raya kepada tiga rumah anak-anak yatim dan sebuah rumah orang tua di sini semalam.-K! ONLINE