fbpx

Trafik ke pantai timur sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan sejauh 500 meter dari Plaza Tol Bentong menghala ke Pantai Timur.

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju ke pantai timur mengalami kesesakan teruk sejak pagi tadi susulan pelaksanaan Sekatan Jalan Raya (SJR) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kesesakan tersebut dipercayai berlaku akibat pemeriksaan ketat yang dilakukan pihak berkuasa di Plaza Tol Bentong.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, peningkatan jumlah kenderaan sejak pukul 7 pagi itu menyebabkan aliran trafik menjadi sesak.

Kesesakan kemuncak kira-kira pukul 1.35 petang dengan kenderaan hampir 500 meter sebelum keluar Plaza Tol Bentong menghala ke pantai timur.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, laluan keluar masuk di ibu negara mengalami kesesakan sejak pagi tadi akibat sekatan jalan raya (SJR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Tinjauan Kosmo! mendapati, antara kawasan yang mula mengalami kesesakan lalu lintas ialah Lebuh Raya Persekutuan dan Sungai Besi bagi kedua-dua hala. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI