fbpx

Teruja dibenarkan pulang sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Syazana Aqila menunjukkan plakad yang tertulis Jom Balik Raya ketika ditemui di UMS. - Foto oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – “Mulanya sudah terbayang tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman tahun ini disebabkan bimbang universiti ini kembali dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas tamat 2 Mei lalu.

“Bagaimanapun, kesedihan saya bertukar menjadi teruja apabila diumumkan boleh balik ke kampung masing-masing hari ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ibu dan bapa antara individu paling gembira dengan kepulangan saya kerana mereka sangat bimbang tentang diri saya sejak UMS diumumkan PKPD awal bulan lalu. Setidaknya melihat anak sulung mereka di depan mata sewaktu musim perayaan mampu melegakan segala kerisauan sebelum ini,” kata penuntut Program Sosiologi dan Antropologi Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Mohd Gaddafi Imran, 22.

Ditemui di pekarangan padang kawad untuk menaiki bas sewa khas pulang ke Kampung Bukit Sakong, Semporna, Mohd. Gaddafi berkata, antara yang dirindui setiap kali tibanya Aidilfitri pastinya masakan air tangan ibu termasuklah rendang serta makanan tradisi masyarakat Bugis, Burasak.

Anak sulung daripada lima beradik menyatakan sambutan Hari Raya di kampung juga masih meriah kerana ramai dalam kalangan penduduk setempat masih mengamalkan tradisi turun-temurun.

Dalam pada itu, penuntut Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan UMS, Nur Syazana Aqila Mhd Sazuli, 22, turut menyatakan keterujaanya balik ke kampung terletak di Batu Pahat, Johor.

Menurut Nur Syazana berkata, dia antara pelajar yang akan pulang ke kampung setiap kali tibanya cuti perayaan atau semester berikutan sangat rapat dengan keluarga di Semenanjung.

“Walaupun keluarga tidak memaksa untuk pulang beraya ekoran memahami situasi sekarang yang masih berada dalam keadaan pandemik tetapi tetap mahu pulang,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, seramai 2,000 pelajar universiti terbabit akan dihantar secara berperingkat bermula semalam sehingga 12 Mei depan.

“Bagaimanapun, dalam masa sama seramai 4,500 orang pelajar pula akan tinggal di kampus sepanjang cuti Aidilfitri dan kita akan menjaga kebajikan mereka dengan menyediakan makanan selain menjaga keselamatan mereka di sini.

“Semua pelajar yang pulang ke kampung masing-masing dijangka akan kembali ke kampus pada 15 Mei ini.

“Kita akan meminta mereka untuk melaporkan kepada kami agar dapat menyusun semula perjalanan setiap pelajar agar tidak masuk dalam kelompok besar semasa pulang nanti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI