fbpx

Tergelincir jatuh longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi pencarian di kawasan kolam tadahan air dekat Taman Arowana Impian, Seremban 2 malam ini.

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika bermain berhampiran longkang di Flat Cempaka, Garden Avenue, Seremban 2 dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, dalam kejadian yang dilaporkan kira-kira pukul 4 petang itu mangsa dikatakan tergelincir ketika bermain di longkang tersebut bersama abangnya dan seorang lagi rakan yang masing-masing berusia sembilan dan 12 tahun.

“Sewaktu kejadian, hujan agak lebat dan mangsa dipercayai dihanyutkan air deras dengan operasi pencarian ketika ini bermula dari tempat kejadian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Mohd. Said berkata, mengikut penilaian pihaknya, arus air yang deras itu akan menuju ke Sungai Mambau.

“Seramai 14 anggota bomba dan 10 anggota polis terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut,” jelasnya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI