fbpx

Tangguh ke lokasi hotspot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Orang ramai dinasihatkan untuk menangguhkan kunjungan ke lokasi atau premis yang disenaraikan di bawah sistem amaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE).

Jika masih perlu mengunjungi lokasi atau premis tersebut, sila patuhi garis panduan yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan budaya normal baharu.

Itu peringatan diberikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada orang ramai atau pengusaha premis bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 menerusi sistem amaran awal HIDE.

Beliau berkata, analisis HIDE di bawah kendalian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat ramalan ke atas premis-premis yang berpotensi menjadi lokasi titik panas penularan Covid-19 dalam tempoh tujuh hari berdasarkan pemantauan dilakukan.

Menurutnya, penyenaraian lokasi serta premis ini amat penting dan wajar dilakukan memandangkan bilangan kes-kes baharu positif Covid-19 yang
dilaporkan setiap hari berada pada tahap yang sangat membimbangkan.

“Dalam tempoh tujuh hari lalu, sebanyak 23,712 kes baharu positif Covid-19 telah dicatatkan manakala kadar kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi (ICU) meningkat sebanyak 21 peratus berbanding minggu sebelum ini.

“Justeru, penyenaraian lokasi dan premis ini membolehkan intervensi awalan dan tindakan wajar diambil oleh pihak berkuasa, pemilik premis serta orang ramai bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, antara intervensi awal yang dilakukan adalah menghantar notifikasi kontak kasual menerusi aplikasi MySejahtera; kawalan pergerakan pengunjung atau pelawat dengan lebih ketat dan menghalang kemasukan mereka dengan status berisiko tinggi seperti yang terpapar di aplikasi MySejahtera.

Khairy Jamaluddin berkata, intervensi awal lain yang boleh dilakukan adalah mewujudkan sistem gelembung tempat kerja dan susunan bekerja dari rumah serta serta melakukan ujian saringan secara massa ke atas pekerja.

Menurutnya, perkongsian senarai lokasi itu bertujuan untuk membantu masyarakat membuat perancangan perjalanan dan keputusan yang wajar sebelum menuju ke sesebuah lokasi atau premis agar dapat menghindari risiko jangkitan Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI