fbpx

Situasi di Malaysia boleh jadi seperti India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Trend peningkatan mendadak kes di Malaysia sangat membimbangkan dan Kementerian Kesihatan (KKM) khuatir situasi seperti di India juga boleh berlaku di Malaysia sekiranya tindakan drastik tidak dilaksanakan segera.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, penularan Covid-19 di dunia dan juga di Malaysia semakin serius dengan jumlah terkini kes sebanyak 155.7 juta dan 3.3 juta kematian di dunia.

“India negara paling terkesan berhubung kes harian Covid-19 yang meningkat setiap hari sekali gus melumpuhkan sistem kesihatan di negara tersebut.

“Justeru, kita perlu mengambil iktibar daripada situasi di India dan beberapa negara lain yang menghadapi situasi hampir sama supaya keadaan sedemikian tidak berlaku di Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di KKM di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan sebelum ini tidak gagal seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana berjaya menurunkan kes.

“Kita dengar ada yang kata ia gagal tetapi sebenarnya tidak gagal. Apabila kita lihat kes kemuncak pada 30 Januari lebih 5,000 kes dan kita melaksanakan PKP 2.0 pada 13 Januari.

“Jika ia tidak dilaksanakan, mungkin kes boleh mencecah lima angka sebanyak 10,000. Bahkan ada jangkaan pada minggu pertama Mac, kes harian mencatatkan 20,000 tetapi ternyata tidak,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI