fbpx

Siti akan dipanggil beri keterangan – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAJLIS Tahnik, Maulid dan aqiqah yang diadakan Siti baru-baru ini di kediamannya menerima kecaman ramai baru-baru ini.

PETALING JAYA – Polis akan merakam keterangan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung dakwaan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pada majlis tahnik anak keduanya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, penyanyi itu akan dipanggil selepas dia selesai menjalani tempoh berpantang kelak.

“Kita akan panggil dan rakam keterangan daripada dia (Siti Nurhaliza), mungkin selepas dia habis tempoh berpantang. Kita panggil sebab dia yang memuat naik ‘entry’ majlis itu di media sosial.

“Setakat semalam, sudah 15 individu dipanggil dan dirakam percakapan dan kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Kita tunggu keputusan daripada pihak DPP untuk proses seterusnya” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan penyanyi nombor satu negara dan suaminya telah mengadakan majlis tahnik anak kedua mereka, Muhammad Afwa di kediaman di Ampang sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

Majlis berkenaan disempurnakan dengan kehadiran ilmuan agama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari.

Justeru itu, polis membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis berkenaan yang didakwa melanggar SOP PKPB dan siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI