fbpx

Sambutlah Aidilfitri ‘in-house’ – Noor Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah merayu umat Islam menyambut Aidilfitri secara sederhana dengan beraya bersama individu di rumah atau secara ‘in-house’ seperti tahun lalu bagi melandaikan semula keluk jangkitan Covid-19.

Ini kerana katanya, pada tahun lalu tiada kes jangkitan Covid-19 dilaporkan selepas Aidilfitri berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang tinggi apabila umat Islam beraya di rumah masing-masing.

“Kita takkan berjaya (melandaikan keluk jangkitan) kalau tidak ada kerjasama daripada rakyat Malaysia. Jadi sambutlah perayaan Aidilfitri secara ‘in-house’ bukan dengan rumah terbuka.

“Seperti raya tahun lepas, tiada kes jangkitan dilaporkan selepas raya. Kenapa kita tidak boleh buat sekali lagi untuk kali ini kerana kes tinggi ketika ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham juga tidak jemu untuk berkali-kali mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya mematuhi SOP bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

“Sekiranya anda dijangkiti Covid-19 dan datang ke hospital tetapi kita tidak ada katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk menempatkan anda, kita berdepan dengan masalah.

“Kita tidak mahu menjadi negara yang terpaksa memilih pesakit, siapa perlu diberi peluang untuk hidup atau mati,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tempoh dua hingga empat minggu ini adalah kritikal untuk mengawal penularan Covid-19 sekali gus sangat memerlukan kerjasama semua pihak.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI