PETALING JAYA- Kerajaan akan mengeluarkan arahan penutupan terhadap mana-mana premis yang tersenarai dalam sistem Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) kerana dikenalpasti sebagai lokasi berisiko penularan Covid-19.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan itu akan berkuat kuasa serta merta.
“Aktiviti penguatkuasaan bagi semua premis akan dipantau oleh pihak polis, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Pihak Berkuasa Tempatan,” katanya di sini tadi. -K! ONLINE