fbpx

Polis tahan warga asing tunjuk kemaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV menunjukkan suspek mengambil wang RM 1 daripada mangsa sebelum menunjukkan kemaluannya.

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand yang dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Jalan Taman Limau Manis di sini dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu ditahan ketika ahli keluarganya yang merupakan warga tempatan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini Isnin lalu.

“Pemeriksaan terhadap suspek mendapati dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Dia dipercayai menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke negara ini dan tinggal di rumah saudaranya di sini.

“Ujian air kencing mendapati, lelaki itu tidak terlibat dengan sebarang kegiatan penyalahgunaan dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Abdul Rahim, polis masih menyiasat punca sebenar suspek melakukan perbuatan lucah itu terhadap mangsa.

Katanya, suspek kini ditahan reman selama 14 hari bermula Isnin lalu hingga 17 Mei ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tiada dokumen perjalanan yang sah.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, polis mengesan seorang lelaki yang bertindak menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita pada 27 April lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi, mangsa yang berusia 23 tahun memberikan wang sebanyak RM1 kepada lelaki terbabit sebelum suspek membuka zip seluarnya dan menunjukkan kemaluannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI