fbpx

Kuasa melankolik Billie Eilish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILLIE EILISH

SELEPAS My Future, Las A Olvidar (menampilkan Rosalia) yang bernuansa sedikit perlahan, pemenang tujuh kali trofi Grammy, Billie Eilish muncul dengan single terbaharu berjudul My Power.

Penulis merupakan pemuja muzik Billie terutama selepas penyanyi kelahiran Los Angeles, California, Amerika Syarikat itu mencuri perhatian dunia dengan single hit electropop, Bad Guy pada 2019.

My Power menjadi sebuah lagi perkongsian muzik genius hasil nukilan bersama abang kandungnya, Finneas. Persoalannya, adakah lagu berkenaan mampu pergi jauh sama sebagai mana impak Bad Guy? Secara peribadi, situasi sedemikian tidak akan berlaku.

Seperkara lagi, apakah lagu berkenaan akan melebarkan atau melestarikan lagi kredibilitinya sebagai seorang penyanyi dan pemuzik? Jawapannya, ya sudah pasti!

Seseorang penyanyi atau pemuzik harus berkembang dengan setiap ‘kisah’ yang mereka kerjakan. Mengambil contoh penyanyi pop, Lady Gaga. Penyanyi itu gah melahirkan evolusi dalam kerjayanya sebagai pemuzik.

Gaga sudah membikin bermacam jenis muzik. Dari EDM, balada, jazz, metal dan country. Kesemua kualiti itu membuatkan dirinya terus relevan bukan sahaja di Hollywood bahkan di mata dunia.

Penulis percaya, perkara sama yang sedang dan ingin dilakukan Billie agar graf kerjayanya sebagai penyanyi tidak bergerak secara mendatar.

Your Power boleh disifatkan sebagai sebuah karya yang mempunyai nilai sentimental dan sentuhan peribadi daripada Billie dan darah dagingnya sendiri.

BILLIE EiLISH seorang penyanyi berbakat yang tidak hanya bergantung terhadap kehebatan vokal dan penulisan muIk tetapi hadir dengan pesona seorang penghibur.

Komposisi peribadi, lirik

Komposisi muzik dan penulisan lirik dalam sesebuah karya merupakan dua perkara yang melengkapi. Pendengar boleh merasakan emosi atau penghayatan setiap butir perkataan yang dilaungkan oleh Billie menerusi Your Power.

Menerusinya, pendengar akan terinspirasi tentang cinta lama, namun pada masa sama ingin melakukan sesuatu positif dalam hidup walaupun telah dikhianati kasmaran cinta.

Penulis tidak berapa pasti tentang penerimaan orang lain tetapi Your Power kedengaran sangat peribadi buat Billie. Mungkin antara karya paling sentimental buat dirinya.

Bercakap tentang listrik vokal Billie, tiada penafian bahawa penyanyi itu antara bintang muda dunia yang mempunyai signatur tersendiri. Kalau anda dengar bisikan dan laungan vokalnya, anda pasti pemiliknya pasti Billie.

Billie, seorang penyanyi berbakat yang tidak hanya bergantung dengan vokal dan bakat komposisi muzik tetapi hadir sama pesona hebatnya sebagai seorang penghibur.

Secara peribadi, penulis melihat Your Power sebagai satu lagu bukti ampuh untuk meletakkan nama Billie pada posisi stabil. Grammy pasti gemarkan karya tersebut dan bukan pilih bulu, Your Power akan bawa pulang sesuatu pada edisi Grammy akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI