fbpx

Kes sporadik lebih tinggi berbanding kes kluster

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kes sporadik lebih tinggi berbanding kes kluster. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Malaysia belum lagi memasuki gelombang keempat penularan Covid-19 biarpun berlaku peningkatan ketara kes positif buat masa ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes ketika ini adalah kesinambungan daripada gelombang ketiga yang dikesan pada September tahun lalu.

Beliau berkata, kementerian buat masa ini masih memantau sama ada peningkatan kes yang berlaku ketika ini berpunca daripada varian baharu atau jangkitan baharu.

“Kita masih tidak pasti sama ada peningkatan kes buat masa ini disebabkan varian baharu atau jangkitan baharu.

“Kita masih tidak dapat ratakan keluk jangkitan kes pada gelombang ketiga dan ia kemudian disambung disebabkan kes yang semakin meningkat ketika ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, ketika ini, kes sporadik lebih tinggi berbanding kes kluster dan ini bermakna kes jangkitan kini sudah ada dalam konuniti.

Noor Hisham berkata, semua pihak perlu berhati-hati supaya tidak dijangkiti.

“Keupayaan vaksinasi negara buat masa ini masih di peringkat awal jadi, negara tidak boleh bergantung kepada vaksinasi lagi,” katanya.

Gelombang ketiga Covid-19 di Malaysia bermula pada 8 September tahun lalu susulan lonjakan kes daripada Kluster Benteng Lahad Datu di Sabah dan Kluster Tembok di Kedah.

Pada 17 April, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memaklumkan, negara masih berdepan gelombang ketiga jangkitan Covid-19.

Menurutnya, gelombang keempat hanya akan berlaku sekiranya jangkitan tempatan ketika gelombang semasa sudah mendatar atau mencatat sifar kes selama beberapa hari sebelum berlaku peningkatan kes baharu secara mendadak.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr. Subramaniam Muniandy berkata,  semua petunjuk yang ada ketika ini menandakan gelombang keempat penularan jangkitan Covid-19 sudah tiba. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI