fbpx

Wanita ugut polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tangkap layar perkataan kesat berunsur ugutan oleh pengguna FB 'Diana Mat' kepada petugas SJR Putrajaya baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Tindakan seorang pengguna Facebook memuat naik perkataan kesat dan berunsur ugutan ditujukan kepada petugas sekatan jalan raya (SJR) di sini, mengundang padah apabila dia ditahan pihak polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, tangkapan tersebut dibuat pukul 9 malam tadi melibatkan seorang wanita berusia 36 tahun yang juga pemilik akaun Facebook bernama ‘Diana Mat’

“Polis menerima satu laporan pukul 10.53 pagi semalam berhubung pengguna tersebut memuat naik beberapa hantaran menggunakan perkataan kesat dan berunsur ugutan ditujukan kepada petugas SJR di Putrajaya

“Antara lain adalah ‘aku pusing balik rempuh korang’, ‘penguatkuasa sama mcm hanjing’, ‘kau dengan penjenayah sama je’, ‘anjinglah kau’, ‘bangsat punya polis Putrajaya’ dan ‘gampang, kau ingat aku takut’,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati sebelum laporan polis dibuat, telah tular beberapa tangkap layar di media sosial yang merupakan hantaran oleh pengguna tersebut.

Susulan itu, katanya, pihak polis turut merampas peranti berupa telefon bimbit milik wanita itu yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran di Facebook.

“Wanita tersebut kini ditahan bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun
Prosedur Jenayah untuk meneruskan siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan (menakutkan secara jenayah), Seksyen 504 Kanun Keseksaan (mengaibkan dengan niat hendak mendatangkan bangkitan marah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (menggunakan perkhidmatan rangkaian dan komunikasi secara tidak wajar),” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI