fbpx

Tuchel mahu pemain ulangi aksi di final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER (tengah) meledak gol pertama Chelsea ketika mereka menundukkan Real 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stamford Bridge awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Chelsea memastikan tempat ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Real Madrid 3-1 secara agregat di pentas separuh akhir.

Pada aksi timbal balik di Stamford Bridge awal pagi semalam, The Blues menampilkan aksi memberangsangkan sebelum menang 2-0 menerusi jaringan Timo Werner dan Mason Mount.

Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira apabila menghamburkan pujian terhadap barisan pemainnya selepas menyingkirkan juara 13 kali Eropah itu.

“Saya sentiasa katakan Ba­yern Munich dan Manchester City adalah penanda aras untuk kami. Oleh itu, saya mahu kecilkan jurang perbezaan tersebut.

“Kemenangan ini sangat besar bagi kami, jadi saya benar-benar gembira dengan semangat yang ditampilkan oleh semua pemain.

“Ia adalah aksi separuh akhir yang sangat menakjubkan dan saya mahu para pemain mengulanginya lagi pada perlawanan akhir nanti,” kata pengendali dari Jerman itu.

Menerusi kemenangan itu, Chelsea menempah aksi final 29 Mei ini menentang Manchester City yang menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi terdahulu.

“Kami tewaskan mereka pada separuh akhir Piala Liga England (EFL) sebelum ini, jadi saya harap semua pemain boleh tampilkan aksi sama di final nanti,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI