fbpx

TNB hargai peranan petugas media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir (kanan) beramah mesra bersama Pengarang Kosmo!, Wan Hasnan Wan Hasan (kiri), Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian, Saidon Idris (dua, kanan) dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit (dua, kiri) di Ibu Pejabat TNB di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghargai hubungan baik dan peranan media dalam menyampaikan maklumat serta penerangan berkaitan isu bekalan elektrik kepada rakyat.

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, hubungan TNB dan media ibarat aur dengan tebing serta amat penting dalam menyampaikan berita baik mahupun melaporkan kejadian yang tidak diingini khususnya melibatkan TNB.

“Hubungan yang wujud ini adalah ikatan yang perlu dieratkan dan dikekalkan kerana menerusi pelaporan rakan-rakan media banyak isu berkaitan bekalan elektrik yang menjadi kebimbangan rakyat dapat diperjelaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar Pengurusan Tertinggi TNB Bersama Pengarang Kanan Media yang diadakan di Ibu Pejabat TNB di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mahdzir berkata, TNB sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertanggungjawab terhadap bekalan elektrik berdepan pelbagai cabaran demi menjamin kelancaran operasi 24 jam untuk manfaat rakyat.

“Genap setahun menjadi Pengerusi TNB saya menyaksikan kegigihan warga kerja menjamin kestabilan seluruh rantaian pembekalan bermula daripada penjanaan hinggalah kepada pelanggan di bandar, pinggir bandar, luar bandar dan pedalaman,” ujarnya.

Sementera itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, beliau berharap hubungan TNB dan pengamal media dapat diperkukuhkan kerana kedua-duanya mempunyai persamaan daripada aspek operasi tanpa henti kepada masyarakat.

“Saya berpendapat bahawa TNB dengan media tidak boleh dipisahkan kerana kewujudan TNB adalah sepanjang masa iaitu 24 jam sehari dari pagi sampai ke petang, malam dan keesokan harinya.

“Justeru, penyampaian perkhidmatan bekalan elektrik ini sebati dengan dunia kewartawanan yang anda (petugas media) terajui,” katanya.

Lebih 40 pengarang kanan dan wartawan media cetak dan elektronik hadir pada majlis tersebut termasuk Utusan Malaysia, Kosmo! dan Berita Harian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI