fbpx

Tiada kanak-kanak diculik warga Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar warga Bangladesh yang ditularkan sebuah portal semalam.

KLANG – Tiada sebarang insiden kanak-kanak bawah umur diculik berlaku di Bukit Raja di sini seperti yang telah ditularkan semalam di sebuah portal berita.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, sebaliknya remaja berkenaan telah keluar bersama dua lelaki warga Bangladesh yang merupakan rakan ibunya untuk membeli barang pada Rabu lalu.

“Kita ingin mengesahkan tiada kes culik seperti ditularkan dan remaja tersebut kini berada bersama keluarganya.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, sebuah portal berita dalam hantarannya di laman Facebooknya mendakwa seorang kanak-kanak bawah umur disyaki diculik dua orang warga Bangladesh.

Berdasarkan laporan berkenaan, mereka berdua akhirnya ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di tol Bukit Raja ketika menaiki sebuah kereta sewa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI