BINTANG utama It’s Okay Not To Be Okay, Seo Ye-ji pernah membatalkan sidang media untuk filem terbarunya Recalled yang sepatutnya diluncurkan pada bulan lepas akibat kontroversi yang melanda dirinya.
Terbaharu, Ye-ji dilaporkan tidak akan mengambil bahagian dalam drama terbitan OCN yang akan datang, Island.
Keputusannya tersebut bagaimanpun bukan satu kejutan. Sejak dihimpit kontroversi, banyak jenama hebat membatalkan kontrak dengannya.
Terdahulu, Ye-ji menjadi sasaran netizen yang mengaku telah menjadi mangsa bulinya ketika persekolahan.
Tidak terhenti setakat itu, dia kemudian dihimpit dengan pelbagai kontroversi lain mengenai latar belakang pendidikan palsu, menganiaya kakitangan dan paling mengejutkann memanipulasi bekas kekasihnya,
Kim Jung-hyun sewaktu penggambaran drama Time beberapa tahun lalu.