fbpx

‘Raya tidak meriah tanpa baba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khadijah (tengah) dan Nur Khairunnisa ketika ditemui polis di kediaman mereka.

IPOH – Kemeriahan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi bagai tidak dirasai oleh Nur Khairunnisa Ahmad Amin, 29, selepas ‘kehilangan’ bapanya yang jatuh ke dalam longkang di Lebuh Persiaran Klebang 11 dekat Chemor di sini, Januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang ketika hujan lebat itu, Ahmad Amin Ismail, 58, dikatakan terjatuh ke dalam longkang di bahu jalan setelah motosikal Yamaha Ego S yang ditunggangnya terbabas.

Menurut Nur Khairunnisa, setiap kali Ramadan mahupun Aidilfitri, bapanya adalah orang yang paling bersemangat dalam menyediakan kelengkapan untuk menyambut bulan yang ditunggu umat Islam itu.

“Biasanya, baba akan siapkan persiapan raya, dia akan bawa kami beli baju raya dan barang-barang untuk buat biskut.

“Baba seorang yang ringan tulang, jika lihat kami sibuk menyiapkan biskut, dia akan bantu,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kebajikan Ketua Polis Daerah Ipoh di rumahnya di Chemor di sini semalam.

Sementara itu, ibu Nur Khairunnisa, Khadijah Din, 59, berkata, meskipun hampir lima bulan kehilangan suaminya, mereka sekeluarga belum berputus asa dan berharap lelaki itu dapat ditemui meskipun hanya jasadnya sahaja. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI