fbpx

Pesawat bawa pesakit Covid-19 buat pendaratan cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas lapangan terbang menyembur buih ke atas landasan bagi membantu pesawat tersebut mendarat dengan selamat. - Hindustan Times

MUMBAI, INDIA – Sebuah pesawat perubatan yang membawa pesakit Covid-19 membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Chhatrapati Shivaji Maharaj setelah rodanya tercabut dari badan pesawat, lapor Hindustan Times semalam.

Pesawat jenis Beechcraft VT-JIL yang dalam perjalanan dari Bagdogra ke Mumbai itu mengalami masalah tersebut ketika ingin berlepas di Lapangan Terbang Nagpur, Maharashtra, selepas berhenti seketika untuk mengisi minyak.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 9.09 malam (waktu tempatan) itu, pesawat tersebut membawa dua orang kru, seorang pesakit Covid-19, seorang ahli keluarga dan seorang doktor.

Tiada kecederaan dilaporkan.

Para petugas di Lapangan Terbang Chhatrapati Shivaji Maharaj bertindak pantas dengan menyembur buih ke atas landasan bagi menghalang kebakaran daripada berlaku memandangkan pesawat itu mendarat menggunakan bahagian perutnya.

“Rakaman video menunjukkan saat-saat genting pesawat perubatan itu mendarat menggunakan bahagian perutnya setelah rodanya tercabut ketika berlepas di Nagpur.

“Kesemua penumpang selamat. Tahniah kepada kru dan petugas darat,” ujar Menteri Kesatuan, Hardeep Singh Puri.

Susulan kejadian itu, landasan 27 di lapangan terbang tersebut ditutup sehingga pukul 2 pagi hari ini (waktu tempatan). – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN