fbpx

Peniaga tidak setuju SHMMP diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alizan di hadapan gerai ayam miliknya ketika ditemui Kosmo! di Pasar Sementara Ampangan, Seremban, hari ini.

SEREMBAN – Tindakan kerajaan yang mahu melanjutkan skim kawalan harga barangan keperluan utama selepas Hari Raya Aidilfitri ditolak sekeras-kerasnya oleh peniaga.

Rata-rata peniaga khususnya peniaga ayam di Pasar Sementara Ampangan, dekat sini tidak bersetuju dengan cadangan itu dan menganggap penetapan harga siling seperti yang sedang berlangsung ketika ini sangat memberi kesan kepada peniaga.

Seorang peniaga ayam, Alizan Tambi, 50, berkata, pihaknya juga kecewa apabila pihak berwajib tidak turun padang untuk melihat sendiri keadaan peniaga yang sebenarnya sangat terjejas ekoran pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) selama sebulan.

“Kami sebagai peniaga sudah terkesan dengan harga kawalan, ketika ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Seremban, tidak ramai pengguna keluar mencari barangan keperluan di pasar.

“Apa yang merisaukan, kami (peniaga) membeli harga ayam ini dengan harga yang mahal dan terpaksa menjual dengan harga yang ditetapkan. Kami hanya sekadar cukup makan dan tidak boleh kaut untung pun,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Pasar Sementara Ampangan di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, kerajaan berkemungkinan akan terus mengawal harga siling barangan keperluan utama selepas berakhirnya SHMMP Hari Raya Aidilfitri pada 20 Mei depan.

Sementara itu, seorang peniaga sayur-sayuran, Jamaliah Othman, 45, berkata, sekiranya pihak pemborong tidak menaikkan sebarang harga seperti cili merah dan tomato dia masih boleh bersetuju dengan cadangan itu.

“Setakat ini, rasanya tidak terkesan kerana pihak pemborong masih mengekalkan harga yang boleh diterima oleh kami sebagai peniaga. Bagaimanapun, sekiranya mereka (pemborong) melakukan kenaikan harga kami tidak rasa ia berbaloi.

“Pihak kerajaan perlu memastikan pemborong tidak menaikkan harga jadi kami juga boleh mengikut harga tersebut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI