fbpx

Pemandu BMW mohon maaf kepada anggota Rela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular menunjukkan anggota Rela dilanggar pemandu BMW.

SHAH ALAM – Seorang pemandu kereta mewah jenis BMW memohon maaf kepada anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dilanggarnya di hadapan sebuah sekolah menengah di Kota Kemuning di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, permohonan maaf itu dilakukan selepas kedua-dua mereka dipanggil memberikan keterangan dalam membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini.

“Lelaki berusia 51 tahun yang memandu kereta BMW itu telah memohon maaf kepada anggota Rela tersebut.

“Susulan itu, anggota Rela berkenaan mengambil keputusan menarik balik laporan polis yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, kedua-dua pihak telah berdamai dan tidak mahu perkara itu dipanjangkan.

Kosmo! Online semalam melaporkan niat murni seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal lalu lintas di hadapan sebuah sekolah menengah di Kota Kemuning di sini dibalas tindakan tidak sewajarnya apabila dikatakan dilanggar sebuah kereta mewah jenis BMW.

Insiden yang dipercayai berlaku pada 5.20 petang Rabu lalu itu tular di laman sosial menerusi video berdurasi 32 saat.

Berdasarkan video tersebut anggota Rela itu menahan kereta BMW itu susulan laluan dikatakan dijadikan sehala pada waktu kemuncak bagi menjaga keselamatan pelajar yang pulang ke sekolah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI