fbpx

Pekerja am juga barisan hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Cadangan menemu bual pengasas syarikat MBG Fruits, Adnan Lee di Selayang baru-baru ini tidak kesampaian meskipun telah dirancang seminggu lebih awal kerana usahawan tersebut terpaksa menghadiri majlis ilmu di kawasan lain.

Penulis bagaimanapun diminta menemu bual ‘orang kanan’ Adnan yang lebih dikenali sebagai Sahar, 53, yang begitu setia bersamanya sejak awal perniagaan beliau di dalam perniagaan menjual buah-buahan di Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

“Saya tiada pejabat, di sinilah tempat saya bekerja,” terang Sahar dengan gayanya yang bersahaja berdiri di ruang legar MBG Fruits Hab sambil sibuk melayan pemborong dan pelanggan runcit.

Sahar yang memiliki pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang jualan buah-buahan memulakan perniagaan bersama Adnan dengan gaji serendah RM800 sebulan sebagai pekerja am.

Demi kelangsungan hidup dan minatnya dalam bidang tersebut, Sahar terus setia bersama Adnan membantu empayar perniagaan usahawan berkenaan sehingga berjaya sampai ke peringkat ini.

Pengalaman beliau boleh disamakan dengan pepatah, sekilas ikan di air, dia tahu mana yang jantan atau betina’, dan berdasarkan pengalamannya itu beliau mengetahui jenis mangga yang manis dan masam meskipun warna kulit buah berwarna segar kekuningan. Apatah lagi jenis buah-buahan yang lain.

“Saya akan tahu jenis buah yang akan dihantar oleh pemborong dalam minggu ini malah jadual buah yang akan datang pada bulan depan.

“Awal bulan ini, kita akan mula menjual buah durian dan diikuti dengan rambutan dan buah tempatan yang lain,” jelasnya tanpa merujuk sebarang nota di tangannya sambil ligat memilih buah-buahan import premium yang menyelerakan di dalam bilik sejuk di hab tersebut.

Melihat kepada usaha gigih Sahar dengan komitmen dan kesetiaan kepada sifunya itu menunjukkan berapa beruntungnya pemilik MBG Fruits memiliki kakitangan yang komited kepada pekerjaannya meskipun hanya bermula dengan jawatan di peringkat bawahan.

Sahar adalah salah seorang daripada jutaan pekerja di negara ini yang juga dianggap ‘barisan hadapan’ syarikat dan kumpulan yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan sesebuah empayar perniagaan.

Seiring cuti umum dan hari kelepasan yang dimanfaatkan oleh semua rakyat tempatan pada 1 Mei setiap tahun menunjukkan betapa pentingnya peranan kumpulan ini kepada pembangunan modal insan dan perkembangan ekonomi.

Memandangkan ramai pekerja yang diberhentikan pada tahun ini dan juga dan juga pada tahun sebelumnya ekoran pandemik Covid-19, usaha untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan mencari pekerjaan baharu atau menceburi bidang perniagaan diharapkan berjaya dan jangan berputus asa atau patah semangat di tengah jalan.

Mungkin ada rahmat di sebalik kekecewaan tersebut kerana mungkin Allah sudah menyediakan ruang dan rezeki yang lebih baik di tempat yang baharu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI