fbpx

Pakej homestay mengikut SOP rancakkan kembali pelancongan domestik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soon Hin (tengah) dan Yoganthiran (kiri) mengacau bubur lambuk yang akan diagihkan kepada pengguna Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena Program Mai Kacau Bubur Lambuk di Batu Kawan hari ini. Pix SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Pakej promosi inap desa menerusi platform digital dijangka dapat merancakkan kembali industri pelancongan domestik yang terjejas ekoran Covid-19.

Pemangku Pengarah Pelancongan Malaysia Wilayah Utara, Yoganthiran Manikam berkata, aplikasi yang dibangunkan Tourism Malaysia itu dapat meningkatkan lebih ramai pembabitan pengusaha homestay yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Sebanyak 20 pakej homestay sudah dirangka melalui 10 Kluster Program Pengalaman Homestay Malaysia di Pulau Pinang setakat ini.

“Program ini membolehkan pelancong tinggal bersama tuan rumah dan mendalami gaya hidup serta mempelajari kebudayaan masyarakat kampung.

“Memandangkan kita masih berperang dengan Covid-19, langkah keselamatan diperincikan bagi memastikan semua pengusaha homestay dan pelancong mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa aktiviti berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Mai Kacau Bubur Lambuk dan Pelancaran Pakej Homestay Negeri Pulau Pinang di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Batu Kawan di sini hari ini.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Jambatan Kedua Sdn. Bhd., Persatuan Homestay Negeri Pulau Pinang dan Tourism Malaysia Wilayah Utara turut dirasmikan Exco Yeoh Soon Hin.

Sebanyak 1,500 bungkus bubur lambuk yang disediakan 10 klister pengusaha homestay diagihkan kepada pengguna jambatan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI