fbpx

Padah buat laporan palsu selepas bertengkar dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulfadhli (kiri) ketika tiba di Mahkamah Majistret Klang hari ini.

KLANG – Tindakan seorang pemandu lori membuat laporan palsu keretanya dipecah dan kehilangan barangan kemas serta wang tunai selepas perselisihan faham dengan isterinya, Selasa lalu memakan diri apabila didenda RM2,000 hari ini.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret P. Sarulatha selepas Zulfadhli Rosli, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Bapa kepada seorang anak itu turut diperintahkan menjalani penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membuat laporan palsu kepada anggota polis berpangkat koperal bahawa cermin belakang sebelah kiri kereta miliknya jenis Perodua Bezza yang diletakkan di hadapan rumahnya di Pandamaran Jaya telah dipecahkan.

Beg galas yang ditinggalkan dan mengandungi sijil kelahiran anak, sijil nikah, lapan utas rantai leher, gelang tangan (5), cincin (5), subang telinga (2) dan wang tunai RM31,000 turut hilang dicuri akibat kejadian itu.

Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Pandamaran, pukul 2.20 petang pada 4 Mei lalu dengan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj memohon hukuman setimpal susulan kesalahan begini sering berlaku ketika ini.

Bagaimanapun, Peguam Mohd. Norazihan Adnan mewakili tertuduh memohon hukuman minima berikutan anak guamnya insaf dan kesal selain adalah kesalahan pertama.

“Kesilapan itu berlaku selepas berlakunya perselisihan faham antara anak guam saya dengan isterinya. Mereka juga telah bermaafan dengan isterinya menyatakan sayang kepada suaminya,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI