fbpx

Mahu industri perkayuan diurus lebih mampan seperti sawit, getah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairuddin (tengah) bersama semua bersama wakil industri perkayuan MTC di Seberang Jaya hari ini. Foto MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN

SEBERANG PERAI – Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (KPPK) berharap agar industri perkayuan di negara ini dapat diuruskan secara lebih mampan sama seperti komoditi lain iaitu sawit dan getah.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, hal ini penting bagi memastikan masa depan hutan negara akan lebih terjamin.

Mohd. Khairuddin berkata, ketika ini, industri perkayuan atau kayu-kayan memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi di Malaysia.

“Sebagai subsektor komoditi ketiga terbesar selepas sawit dan getah, industri kayu-kayan telah menyumbang kepada kadar pendapatan nilai eksport sebanyak RM22.02 bilion tahun lepas dan daripada jumlah itu juga, Pulau Pinang telah menyumbang sebanyak 5.3 peratus atau RM1.16 bilion.

“Kita jangkakan jumlah itu akan terus meningkat untuk tahun ini walaupun pandemik Covid-19 masih berlarutan, insya-Allah,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui semasa menghadiri Sesi Dialog Bersama Industri Perkayuan Malaysia dan Majlis Iftar Ramadan anjuran Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), di Seberang Jaya di sini.

Difahamkan, Pulau Pinang merupakan tuan rumah ketiga untuk sesi dialog itu selepas ia diadakan di dua lagi lokasi sebelum ini iaitu Kuala Lumpur dan Melaka, bermula 3 Mei lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI