fbpx

Katil ICU Covid-19 Pulau Pinang cecah 83 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di negeri ini atau sebaliknya dijangka diumumkan selepas mesyuarat teknikal Sidang Khas Majlis Keselamatan Negera: Pengurusan Covid-19 esok.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, sidang khas itu yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mempertimbangkan laporan penilaian risiko negeri ini.

“Sejurus mesyuarat itu hari ini, saya telah mengadakan perbincangan lanjut dengan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Pengarah MKN negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri serta hadir secara dalam talian adalah Ketua Polis negeri dan Datuk Bandar bagi kedua-dua pihak berkuasa tempatan berhubung tindakan lanjut serta persediaan yang perlu diambil dalam menempuh tempoh getir ini.

“Kementerian Kesihatan pada mesyuarat sama turut berkongsi bahawa kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) di hospital-hospital rawatan Covid-19 di Pulau Pinang sehingga hari ini telah mencecah 83 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI