fbpx

ICU sesak dengan pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan ICU yang sesak dan penuh dengan pesakit Covid-19- Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 506 pesakit yang positif Covid-19 telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) iaitu yang tertinggi pernah dicatatkan sejak pandemik itu menyerang negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 295 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Ia jumlah yang direkodkan setakat hari ini. Jumlah itu termasuk kesemua kes kumulatif positif dan disyaki Covid-19 iaitu 396,004 kes,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik di Twitter miliknya.

Hari ini negara merekodkan 4,498 kes jangkitan iaitu antara yang tertinggi pada tahun ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI